Selamat malam semua...
Tetiba lak aku nak buat entry pasal bila orang dah benci? What's wrong with u izyan? kah3 nothing..Cuma..aku nak bagi tips2 la bagi sesiapa yang pernah membenci or dibenci...Hoho tak elok benci2 nie..x baik untuk kesihatan la der...( cakap pada diri sendiri sebenarnya ) LOL.
Ok, nie tips2 untuk hilangkan rasa benci korang :-
- Think positive. Haa...selalu berfikiran positif k. Manusia sememangnya dilahirkan tidak sempurna. Banyak faktor kenapa kita boleh membenci seseorang. Maka, untuk membuang sifat mazmumah nie terlebih dahulu lapangkanlah dada korang dengan berfikiran positif dan ingatlah semula kebaikan yang pernah individu lakukan terhadap kita.
- Luahkan perasaan benci. Especially for girls (aku ). Bila aku benci mesti aku luahkan kat facebook. Almaklumlah...dunia IT semua benda nak post kat FB..ha345. ( Don't try this at home ). Tetapi sebenarnya, memang sifat semula jadi perempuan apabila tengah marah mesti akan diluahkan melalui kertas, tulisan, lagu, tempat kawan dan sebagainya. Ok la kan daripada bertumbuk? haaa...tapi lain orang lain caranya k.
- Memaafkan. Sebenarnya perasaan benci wujud disebabkan oleh sikap tidak terima dengan keadaan yang ada atau pun kerana sakit hati tahap gaban. Oleh itu, dengan cara memaafkan kesalahan individu tersebut sahaja hati kita akan kembali tenang. Nabi S.A.W bersabda, " Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya. " ( Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi ).
p/s Diharapkan sedikit info ini mampu memberi sedikit sebanyak peringatan kepada kita semua bahawa semua manusia pernah melakukan kesalahan sama ada kesalahan kecil mahupun kesalahan besar. Apabila seseorang individu melakukan hal yang boleh membuatkan hati kamu sakit, maka ingatlah bahawa hanya dengan kesabaran dan redha terhadap hal yang menimpa diri kamu sahaja yang dapat menyembuh luka di jiwa.



.jpg)