Dah pukul 1 pagi? Wah cepat betul masa berlalu..dah habis dah praktikal selama 3 bulan di Sk Taman Seroja. Memang sekolah ni best sangat-sangat. Cikgu-cikgu & guru besar yang baik. Ditambah pula murid-murid yang mencoretkan segala suka dan duka aku di sana. Nakal kamu, karenah kamu, gelak ketawa kamu, bising kamu membuatkan cikgu jadi rindu. Buat 5UPM, 4UUM, 6UKM, 5UUM & 5UTM terima kasih atas segala kerjasama, kejutan, hadiah dan ucapan dari kamu semua. Tak lupa juga murid dari kelas lain cikgu ucapkan terima kasih atas penghargaan kamu. Panjang umur kita jumpa lagi. Minta maaf kalau ada terlepas pandang & terkasar bahasa. Cikgu marah tanda cikgu sayang. Cikgu marah tanda cikgu nak didik kamu semua jadi murid berdisiplin. Ye, cikgu akui sakit hati bila murid tak dengar cakap, sakit hati bila murid lawan balik cakap cikgu. Tapi sejuk hati cikgu bila kamu datang minta maaf. Sejuk hati cikgu bila kamu ungkap kamu sayang cikgu. Sejuk hati cikgu bila kamu cakap kamu rindu cikgu & tanya khabar cikgu. Atas permintaan kamu cikgu akan upload gambar kenang-kenangan k. Tapi...bukan malam ni, hari lain ye..tungguuuuu hihihi. K lah mata dah ngantuk ni. Selamat malam. Mimpi indah :)
Saturday, 26 April 2014
Monday, 14 April 2014

Assalamualaikum uollssssssssss
Ermmm dah lama tak update blog...hari ni baru gatal tangan nak menulis...al maklumla tugas sebagai guru pelatih ni mengalahkan PM uolls...Tapi paling syok...alhamdulillah dah habis observe!! Penat? nak cakap tak penat memang tipu la...Bukan senang beb nak jadi cikgu. Orang kata..eleh...jadi cikgu bukan susah pun..aku jawab ko try dulu la jadi cikgu baru kau tahu rasa macam mana nak handle murid. Bukan setakat handle murid, tugas guru sekarang lebih dari handle murid. Segala macam benda nak kena handle. Tiga bulan praktikum di Sk Taman Seroja aku rasa bersyukur sangat sebab dapat guru pembimbing dan pensyarah pembimbing yang sangat-sangat membantu aku. Budak nakal, keras kepala, tak siap kerja sekolah semua benda tu normal bagi aku. Tapi yang aku sangat terkesan semalam aku dapat kelas last, masa last, final last n budak nakal tu memang sangat sangat sangat mencabar aku sebagai guru yang ada kat depan. Aku malas nak cerita panjang apa yang berlaku semalam tapi nasib baik lecturer time tu memang masuk sekejap je n feedback yang beliau dapat dari pihak sekolah adalah baik-baik je mengenai kiteorang so ni pun dah buat aku rasa lega. Sesi pengajaran aku semalam bertukar jadi sesi ceramah pulak lepas tu bertukar pulak jadi sesi air mata. Haa..tau pun kau menangis bila dah kena "brain wash". Tapi bukan aku laa yang buat budak tu menangis..cikgu lain yang take over. Apa yang penting 5 UTM memang aku takkan dapat lupa sampai bila-bila. Hohoho.
Sedar tak sedar aku dah sem 7 tinggal satu sem je lagi nak tamatkan pengajian aku di IPG. Segala suka duka sepanjang praktikum aku sematkan je dalam hati. Orang kata hidup kalau takde cabaran bukan hidup namanya. So, apepun yang berlaku. Bersihkan hati, rehatkan minda n teruskan perjuangan. Terima kasih Allah, terima kasih ma abah, terima kasih pensyarah, terima kasih guru & terima kasih rakan seperjuangan atas doa dan sokongan kalian. "The Struggle You're In Today Is Developing The Strength You Need For Tomorrow. Don't Give Up.
Subscribe to:
Comments (Atom)

