Monday, 20 May 2013

Sebuah Cerita Tapi Penuh Makna..

Assalamualaikum..

Hari nie aku nak kongsi sedikit cerita yang aku ambil dari internet..Hayati kisah di bawah...




......26 May 2011.....



Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.




Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.




Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.




Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.




Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.




Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...



Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.




Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia , dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.




Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.




Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..


p/s : Setiap amal perbuatan sama ada baik atau pun buruk, ganjaran dan hukuman tetap menanti. Yang pasti, orang yang baik itu datangnya dari hati yang bersih. Wassalam.

Thursday, 16 May 2013

TERIMA KASIH CIKGU ^_^

16 Mei datang lagi...

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, aku terpikir sejenak..mengimbau kembali sejarah ketika aku di bangku sekolah dulu..kenangan-kenangan yang tidak mungkin akan aku lupakan walaupun kini usia aku hampir mencecah 22 tahun..

Pernah seketika dahulu aku ditampar oleh guru dan bukuku dikoyak di hadapan khalayak ramai kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Pernah juga aku disuruh berlari di padang sebanyak 3 pusingan akibat daripada tidak memakai lencana dan datang lewat ke sekolah. Pernah juga aku diminta berdiri di atas kerusi sehingga tamat pelajaran akibat daripada tidak menjawab soalan Matematik. Pernah juga aku disuruh jalan itik di luar kelas kerana tidak dapat menjawab soalan mata pelajaran Sains. Pernah juga aku dirotan di dalam bilik disiplin kerana "lompat pagar" semata-mata ingin membeli makanan dan minuman di luar sekolah dan pernah juga aku dibaling dengan "duster" kerana bercakap ketika guru sedang mengajar. Dan banyak lagi kenangan-kenangan yang tidak mampu aku tulis tetapi kenangan tersebut tetap akan diingati sampai bila-bila.

Namun, semua yang berlaku atas diriku tidak pernah sesekali pun aku mempunyai rasa dendam dan tidak menyukai guru tersebut. Memang aku akui, aku seorang pelajar yang sangat nakal dahulu. Walau bagaimanapun, bila usia sedang menginjak dewasa, aku belajar menjadi seorang pelajar yang menghormati guru dan tidak melupakan jasa mereka. Aku tidak mahu mengulangi lagi kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan dahulu. Pernah menyakiti hati guru yang berusaha untuk memberi sepenuh tunjuk ajar di dalam dan di luar kelas. Tidak pernah menghiraukan penat lelah mereka dan sering mempersendakan mereka ketika mereka sedang mengajar serta sering berkata "Bosanlah cikgu bila nak abis nie". Tapi sekarang aku sedar, bumi ini berputar dan setiap apa yang kita lakukan pada suatu ketika dahulu sama ada baik mahupun buruk akan dibalas dalam tempoh masa yang dekat mahupun lambat. "What goes around comes around" dan inilah dipanggil  hukum karma.  Pengalaman aku ketika menjadi guru praktikum di sekolah, aku diminta mengajar 6 buah kelas. Melalui pengalaman ini, barulah aku menyedari menjadi seorang guru bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Aku juga sedar bahawa bagaimana perasaan seorang guru apabila murid-muridnya tidak mendengar kata-kata guru dan bercakap-cakap ketika guru sedang mengajar di samping  mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepada guru mereka. 

Segala kenangan itu akan aku sematkan di hati dan tidak mungkin luput walau ditelan zaman. Aku bersyukur pada hari ini aku menjadi manusia yang bakal mendidik manusia menjadi insan yang berguna kelak. Tanpa didikan seorang guru dan juga sokongan serta dorongan daripada kedua ibu bapaku siapalah aku di atas muka bumi ini. TERIMA KASIH Allah, ma, abah dan cikgu-cikgu semua. 









Saturday, 11 May 2013

TERIMA KASIH IBU

Bismillahirrahmanirrahim..

              Sebenarnya hanya satu perkataan sahaja yang tertera di hati ini iaitu RINDU...Yesss aku rindu..aku rindu dengan ibu aku yang aku panggil ma..

        Seandainya ma ada di sisi aku sekarang ini, mesti aku akan rasa lebih tenang..=(  Setiap kali mempunyai masalah orang pertama yang aku cari adalah ma..Setiap kali aku mahu menangis orang pertama yang aku cari adalah ma..Setiap kali juga tiada sesiapa di sisi di saat aku tersungkur orang pertama yang aku cari juga adalah ma..Pendek kata aku banyak bergantung dengan ma..

         Tetapi apabila meningkat dewasa dan terpaksa tinggal berjauhan demi menuntut ilmu dan menjadi seorang perantau di negeri orang..aku terpaksa akur bahawa aku sedang menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang bakal guru yang akan mendidik insan yang bernama manusia..

          Ma..terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan anakmu sehingga aku mampu mengenal erti cabaran, perjuangan dan juga pengalaman hidup. Terima kasih kerana setiap kali anakmu merungut, ma adalah orang pertama yang memberi semangat. Terima kasih kerana setiap kali aku memberontak ma sentiasa sabar melayan karenahku. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dalam apa jua keadaan sekalipun. LOVE U SO MUCH!








p/s : Aku x pernah ungkapkan perasaan sayang dekat ibu aku kerana aku seorang yang sangat EGO...maafkan yan, ma T_T. Hanya mampu diluahkan di dalam diari dan kini blog..perasaan sayang ini hanya ditunjukkan melalui perbuatan..setiap kali hendak pulang semula ke kampus aku hanya mampu bersalaman dan mencium dahi ibuku..PESAN aku..hargailah ibu anda selagi dia masih ada..


Apabila mata IBUMU sudah tertutup, maka hilang satu keberkatan di sisi Allah..iaitu
 DOA SEORANG IBU.....