Bismillahirrahmanirrahim..
Sebenarnya hanya satu perkataan sahaja yang tertera di hati ini iaitu RINDU...Yesss aku rindu..aku rindu dengan ibu aku yang aku panggil ma..
Seandainya ma ada di sisi aku sekarang ini, mesti aku akan rasa lebih tenang..=( Setiap kali mempunyai masalah orang pertama yang aku cari adalah ma..Setiap kali aku mahu menangis orang pertama yang aku cari adalah ma..Setiap kali juga tiada sesiapa di sisi di saat aku tersungkur orang pertama yang aku cari juga adalah ma..Pendek kata aku banyak bergantung dengan ma..
Tetapi apabila meningkat dewasa dan terpaksa tinggal berjauhan demi menuntut ilmu dan menjadi seorang perantau di negeri orang..aku terpaksa akur bahawa aku sedang menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang bakal guru yang akan mendidik insan yang bernama manusia..
Ma..terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan anakmu sehingga aku mampu mengenal erti cabaran, perjuangan dan juga pengalaman hidup. Terima kasih kerana setiap kali anakmu merungut, ma adalah orang pertama yang memberi semangat. Terima kasih kerana setiap kali aku memberontak ma sentiasa sabar melayan karenahku. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dalam apa jua keadaan sekalipun. LOVE U SO MUCH!
p/s : Aku x pernah ungkapkan perasaan sayang dekat ibu aku kerana aku seorang yang sangat EGO...maafkan yan, ma T_T. Hanya mampu diluahkan di dalam diari dan kini blog..perasaan sayang ini hanya ditunjukkan melalui perbuatan..setiap kali hendak pulang semula ke kampus aku hanya mampu bersalaman dan mencium dahi ibuku..PESAN aku..hargailah ibu anda selagi dia masih ada..
Apabila mata IBUMU sudah tertutup, maka hilang satu keberkatan di sisi Allah..iaitu
DOA SEORANG IBU.....



No comments:
Post a Comment