Saturday, 17 November 2012

Tips2 Sebelum, Semasa & Selepas Peperiksaan

Assalamualaikum adik2 yang disayangi...

Ok hari ini aku nak share tips2 untuk adik2 yang tengah menduduki peperiksaan tak kira la peperiksaan apa sekalipun...Buat adik aku yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun nie aku ucapkan All The Best to U my dear..<3  Ingat ye SPM adalah penting untuk menentukan pencapaian dalam akademik dan arah tuju masa depan kita..so tanpa persediaan dari segi fizikal, mental dan juga rohani kita mungkin akan mengalami tekanan...ok2 sebelum aku melalut panjang lebar lagi..kat bawah nie aku sediakan tips2 tuk korang k..selamat beramal...^^


Sebelum Peperiksaan

1. First sekali, TIDUR mesti cukup. Kita memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang setelah seharian bekerja. Cakap pasal tidur nie aku pernah menjawab exam dalam keadaan mengantuk gara2 aku x ckup tidur...mata dah jadi sepet sebelah sebab tahan mengantuk yang tahap gaban..so adik2..jangan jadi macam akak nie ye..cewahhh akak hehe

2. Buat SOLAT HAJAT. Nie untuk yang beragama Islam especially..solat adalah tiang agama. Cara untuk menenangkan hati dan melapangkan dada kita adalah dengan menunaikan solat hajat sama ada solat bersendirian atau pun solat berjemaah. Mintalah doa pada Yang Esa kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya k.

3. Minta RESTU IBU & AYAH. Haa...yang nie penting...dari zaman aku kecik2 dulu x kira la exam ape pun..aku MESTI minta restu dan doa dari mak ayah aku..Bagi aku, x tenang jiwa aku kalau aku pergi jawab exam tanpa restu dari mereka. Ingat ye adik2..doa ibu dan ayah adalah doa yang paling mujarab buat anak2..so jangan derhaka kpd mak & ayah kita =)


                                             Redha Allah terletak pada Redha Ibu & Ayah






Semasa Peperiksaan


1. Mulakan dengan BISMILLAH dan DOA. Setiap kali aku nak exam, doa yang selalu aku baca sebelum melangkah kaki ke tempat exam  ialah DOA DIBERI KEMUDAHAN ~ AL-KAHFI 10 : RABBANA ATINA MIN LADUNKA RAHMATAW, WA HAYYI' LANA MIN AMRINA RASYADA.
( WAHAI TUHAN KAMI, BERIKANLAH RAHMAT KEPADA KAMI DARI SISI-MU DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK YANG LURUS DALAM URUSAN KAMI (INI). "


2. Kalau tengah jawab exam tiba2 korang terlupa la kan..baca SELAWAT 3 kali dan tenangkan diri sekejap..Insyaa Allah urusan akan dipermudahkan...

3. Buat SEMAKAN kali terakhir..ini penting untuk mengelakkan kita daripada tercicir daripada mana-mana soalan yang belum dijawab.



Selepas Peperiksaan


1. JANGAN fikir apa yang sudah kita tulis pada kertas exam tersebut. Hal ini akan mengakibatkan fikiran kita akan terganggu untuk menjawab paper yang seterusnya. Berusaha untuk paper seterusnya pula k..( tp habit aku pun cmnie suka fikir..jadi untuk elak dr serabut xpyh amalkan k..)


2. TAWAKAL. Adik2 dah berdoa dan berusaha kan? Maka, tawakal lah kpd Allah. Setiap usaha akan ada ganjaran yang menanti. Yakinlah!






3. Satu lagi JANGAN LUPA  untuk terus berdoa supaya Allah melembutkan hati pemeriksa. Dan....apabila kita sudah mendapat keputusan nanti redha lah serta ucapkan terima kasih kepada Allah, guru, ibu, ayah dan rakan2 di sekeliling agar kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan TIDAK bongkak...






" KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL,
       TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH "



No comments:

Post a Comment