Bismillahirrahmanirrahim...
Saban hari kita sering mendengar berita di corong radio, di dada akhbar dan di setiap paparan televisyen mengenai kezaliman Israel menyerang Palestin. Setiap paparan gambar, video mengenai penderitaan rakyat Gaza membuatkan hati aku sebak.
Situasi di Malaysia :-
Aku : Bila abah nak bawak akak pergi berjalan-jalan cuti nie?
Situasi di Gaza :-
Rakyat Gaza : Ayah, bilakah Israel mahu berhenti menyerang kita?
* Erm..semoga Allah memberi kesedaran buat aku, tetapi kesedaran yang berpanjangan bukan kesedaran yang bersifat sementara =(
Di sini aku hanya mampu berdoa untuk rakyat Gaza agar suatu masa nanti akan ada pengadilan buat mereka...Bersabarlah..Aku yakin bukan aku sahaja malah berjuta umat Islam di seluruh dunia mendoakan kesejahteraan mereka di sana..
Ya Allah..semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan..
Di sini aku linkkan dua buah video untuk kita sama-sama hayati dan doakan agar rakyat Gaza diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini...Ingatlah Allah bersama-sama orang yang sabar...










No comments:
Post a Comment