Thursday, 16 May 2013

TERIMA KASIH CIKGU ^_^

16 Mei datang lagi...

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, aku terpikir sejenak..mengimbau kembali sejarah ketika aku di bangku sekolah dulu..kenangan-kenangan yang tidak mungkin akan aku lupakan walaupun kini usia aku hampir mencecah 22 tahun..

Pernah seketika dahulu aku ditampar oleh guru dan bukuku dikoyak di hadapan khalayak ramai kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Pernah juga aku disuruh berlari di padang sebanyak 3 pusingan akibat daripada tidak memakai lencana dan datang lewat ke sekolah. Pernah juga aku diminta berdiri di atas kerusi sehingga tamat pelajaran akibat daripada tidak menjawab soalan Matematik. Pernah juga aku disuruh jalan itik di luar kelas kerana tidak dapat menjawab soalan mata pelajaran Sains. Pernah juga aku dirotan di dalam bilik disiplin kerana "lompat pagar" semata-mata ingin membeli makanan dan minuman di luar sekolah dan pernah juga aku dibaling dengan "duster" kerana bercakap ketika guru sedang mengajar. Dan banyak lagi kenangan-kenangan yang tidak mampu aku tulis tetapi kenangan tersebut tetap akan diingati sampai bila-bila.

Namun, semua yang berlaku atas diriku tidak pernah sesekali pun aku mempunyai rasa dendam dan tidak menyukai guru tersebut. Memang aku akui, aku seorang pelajar yang sangat nakal dahulu. Walau bagaimanapun, bila usia sedang menginjak dewasa, aku belajar menjadi seorang pelajar yang menghormati guru dan tidak melupakan jasa mereka. Aku tidak mahu mengulangi lagi kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan dahulu. Pernah menyakiti hati guru yang berusaha untuk memberi sepenuh tunjuk ajar di dalam dan di luar kelas. Tidak pernah menghiraukan penat lelah mereka dan sering mempersendakan mereka ketika mereka sedang mengajar serta sering berkata "Bosanlah cikgu bila nak abis nie". Tapi sekarang aku sedar, bumi ini berputar dan setiap apa yang kita lakukan pada suatu ketika dahulu sama ada baik mahupun buruk akan dibalas dalam tempoh masa yang dekat mahupun lambat. "What goes around comes around" dan inilah dipanggil  hukum karma.  Pengalaman aku ketika menjadi guru praktikum di sekolah, aku diminta mengajar 6 buah kelas. Melalui pengalaman ini, barulah aku menyedari menjadi seorang guru bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Aku juga sedar bahawa bagaimana perasaan seorang guru apabila murid-muridnya tidak mendengar kata-kata guru dan bercakap-cakap ketika guru sedang mengajar di samping  mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepada guru mereka. 

Segala kenangan itu akan aku sematkan di hati dan tidak mungkin luput walau ditelan zaman. Aku bersyukur pada hari ini aku menjadi manusia yang bakal mendidik manusia menjadi insan yang berguna kelak. Tanpa didikan seorang guru dan juga sokongan serta dorongan daripada kedua ibu bapaku siapalah aku di atas muka bumi ini. TERIMA KASIH Allah, ma, abah dan cikgu-cikgu semua. 









Saturday, 11 May 2013

TERIMA KASIH IBU

Bismillahirrahmanirrahim..

              Sebenarnya hanya satu perkataan sahaja yang tertera di hati ini iaitu RINDU...Yesss aku rindu..aku rindu dengan ibu aku yang aku panggil ma..

        Seandainya ma ada di sisi aku sekarang ini, mesti aku akan rasa lebih tenang..=(  Setiap kali mempunyai masalah orang pertama yang aku cari adalah ma..Setiap kali aku mahu menangis orang pertama yang aku cari adalah ma..Setiap kali juga tiada sesiapa di sisi di saat aku tersungkur orang pertama yang aku cari juga adalah ma..Pendek kata aku banyak bergantung dengan ma..

         Tetapi apabila meningkat dewasa dan terpaksa tinggal berjauhan demi menuntut ilmu dan menjadi seorang perantau di negeri orang..aku terpaksa akur bahawa aku sedang menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang bakal guru yang akan mendidik insan yang bernama manusia..

          Ma..terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan anakmu sehingga aku mampu mengenal erti cabaran, perjuangan dan juga pengalaman hidup. Terima kasih kerana setiap kali anakmu merungut, ma adalah orang pertama yang memberi semangat. Terima kasih kerana setiap kali aku memberontak ma sentiasa sabar melayan karenahku. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dalam apa jua keadaan sekalipun. LOVE U SO MUCH!








p/s : Aku x pernah ungkapkan perasaan sayang dekat ibu aku kerana aku seorang yang sangat EGO...maafkan yan, ma T_T. Hanya mampu diluahkan di dalam diari dan kini blog..perasaan sayang ini hanya ditunjukkan melalui perbuatan..setiap kali hendak pulang semula ke kampus aku hanya mampu bersalaman dan mencium dahi ibuku..PESAN aku..hargailah ibu anda selagi dia masih ada..


Apabila mata IBUMU sudah tertutup, maka hilang satu keberkatan di sisi Allah..iaitu
 DOA SEORANG IBU.....





Saturday, 12 January 2013

Bila Orang Dah Benci ~

Selamat malam semua...

             Tetiba lak aku nak buat entry pasal bila orang dah benci? What's wrong with u izyan? kah3 nothing..Cuma..aku nak bagi tips2 la bagi sesiapa yang pernah membenci or dibenci...Hoho tak elok benci2 nie..x baik untuk kesihatan la der...( cakap pada diri sendiri sebenarnya ) LOL.

Ok, nie tips2 untuk hilangkan rasa benci korang :-

  • Think positive. Haa...selalu berfikiran positif k. Manusia sememangnya dilahirkan tidak sempurna. Banyak faktor kenapa kita boleh membenci seseorang. Maka, untuk membuang sifat mazmumah nie terlebih dahulu lapangkanlah dada korang dengan berfikiran positif dan ingatlah semula kebaikan yang pernah individu lakukan terhadap kita. 





  • Luahkan perasaan benci. Especially for girls (aku ). Bila aku benci mesti aku luahkan kat facebook. Almaklumlah...dunia IT semua benda nak post kat FB..ha345. ( Don't try this at home ). Tetapi sebenarnya, memang sifat semula jadi perempuan apabila tengah marah mesti akan diluahkan melalui kertas, tulisan, lagu, tempat kawan dan sebagainya. Ok la kan daripada bertumbuk? haaa...tapi lain orang lain caranya k.


  • Memaafkan. Sebenarnya perasaan benci wujud disebabkan oleh sikap tidak terima dengan keadaan yang ada atau pun kerana sakit hati tahap gaban. Oleh itu, dengan cara memaafkan kesalahan individu tersebut sahaja hati kita akan kembali tenang. Nabi S.A.W bersabda, " Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya. "  ( Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi ). 




p/s Diharapkan sedikit info ini mampu memberi sedikit sebanyak peringatan kepada kita semua bahawa semua manusia pernah melakukan kesalahan sama ada kesalahan kecil mahupun kesalahan besar. Apabila seseorang individu melakukan hal yang boleh membuatkan hati kamu sakit, maka ingatlah bahawa hanya dengan kesabaran dan redha terhadap hal yang menimpa diri kamu sahaja yang dapat menyembuh luka di jiwa. 



Tuesday, 11 December 2012

12.12.12

Assalamualaikum,


Sebenarnya saja nak conteng2 blog hari nie sebab hari ini merupakan hari lahir ayah kesayangan aku...Happy Birthday 2 My lovely Father...Love U Sooooo Much...Forever & Ever...Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan berbahagia di samping isteri dan anak2 yang tercinta <3










                                                                     A dad is someone,
                                                  who wants to catch you before you fall,
                                                              but instead picks you up,
                                                                      brushes you off,
                                                                 and lets you try again......



                                                               

p/s Timo kasih abah n ma kerana mendidik yan sapa lonih...<3 both of u...^^











Friday, 30 November 2012

1.12.12



Assalamualaikum,

Erm..sedar tak sedar..dah masuk bulan 12 dah ha...lagi sebulan dah masuk tahun 2013...sekejap je masa nih kan..umur pun dah makin tua..hak3 apa pun semoga bulan nie bertambah baik daripada sebelumya..lupakan segala yang berlaku n move on..yeahhh 2 yang penting..To my dearest December, PLEASE be nice! TQ.







Tuesday, 20 November 2012

SUKA, SAYANG, CINTA


Pernah suka seseorang? Pernah sayang seseorang?  Pernah mencintai seseorang atau berjuta orang?


                                                  SUKA, SAYANG DAN CINTA? 


Suka, Sayang dan Cinta adalah berlainan sama sekali....Alaaa tengok ejaan pun lain kan...mestilah maksud pun lain...huk3


          Bagi pendapat aku la kan...kita boleh suka beribu-ribu orang...Ok, contohlah korang pergi ke pusat membeli belah or whatever la kan...korang ternampak mamat yang perghhh punyela macho..pastu terdetik kat hati korang..sukanye tengok mamat nih...maybe korang suka tgk senyuman dia or gaya dia, suka bila mamat tuh pandang korang balik dan mulalah perasan sorang-sorang and xpun suka tengok cara dia bercakap dengan kawan-kawan dia...macam nie pun boleh suke erk? hoho ask urself..Tapi kan...suka nih korang tengok sekejap je...nanti korang dah balik rumah confirm lupa dah mamat tadi tuh hoho



                               Aku suka mamat nih....tapi suka je la tido malam kang lupe r hik3






 Atau aku mungkin suka yang nih....Oh CR...





Hoho Arjun Rampal...Pulangkannnnn



           Ok, sayang pulak apabila seseorang yang selalu berada di samping korang tiba-tiba jatuh sakit dan secara tidak langsung korang akan rasa risau, gelisah dan pada masa yang sama korang rasa ingin menjaga dia agar si dia tidak jatuh sakit lagi. Erm...sayang banyak maksud...korang boleh sayang seseorang yang selalu prihatin terhadap korang, sayang rakan korang yang selalu ada bersama korang tak kira susah atau senang, sayang binatang peliharaan korang dan sayang juga boleh wujud apabila seseorang sentiasa bersabar dengan karenah korang or sayang kepada kedua ibu bapa korang yang telah menjaga korang sejak dari kecil hinggalah dewasa...Erm..banyaknye korangggg hak3~






                                                       Sayang mak & ayah aku..huhu




                                                             ~ Sayey mung pah ceroh ~




          Cinta? Korang pernah tengok filem hindustan? Tengok bagaimana si hero memperjuangkan cintanya demi heroin..tapi itu dalam filem beb...di luar mungkin ada manusia yang sanggup berjuang untuk mempertahankan cintanya ..dan mungkin juga tiada...Rasa cinta wujud apabila anda rasa ingin bersama dengan si dia hingga ke hujung nyawa.. Andaikata sekarang korang sudah berjumpa dengan cinta sejati korang..bersyukurlah ye..hargai si dia kerana cinta hanya akan dihargai apabila si dia sudah pergi meninggalkan korang...Tapi masih wujud ke cinta sejati? Ermm..jawapan ada dalam diri korang sendiri.








p/s Ada orang tanya aku.."Ko suka laki yang macam mane yan?" Erm sebenarnya aku suka lelaki yang pandai buat lawak, yang sempoi, yang tahu hormat orang tua, yang faham sikap aku, ikhlas dan boleh terima aku seadanya.

         Dalam hidup kita, pasti kita pernah menyukai, menyayangi bahkan mencintai seseorang..Actually, tanpa suka dan sayang takkan wujudnya cinta...So..terpulang pada anda untuk menilainya kerana setiap individu mempunyai persepsinya yang tersendiri..


Monday, 19 November 2012

Pray For Gaza

Bismillahirrahmanirrahim...

        Saban hari kita sering mendengar berita di corong radio, di dada akhbar dan di setiap paparan televisyen mengenai kezaliman Israel menyerang Palestin. Setiap paparan gambar, video mengenai penderitaan rakyat Gaza membuatkan hati aku sebak.

Situasi di Malaysia :-
Aku : Bila abah nak bawak akak pergi berjalan-jalan cuti nie?

Situasi di Gaza :-
Rakyat Gaza : Ayah, bilakah Israel mahu berhenti menyerang kita?

* Erm..semoga Allah memberi kesedaran buat aku, tetapi kesedaran yang berpanjangan bukan kesedaran yang bersifat sementara =(

         Di sini aku hanya mampu berdoa untuk rakyat Gaza agar suatu masa nanti akan ada pengadilan buat mereka...Bersabarlah..Aku yakin bukan aku sahaja malah berjuta umat Islam di seluruh dunia mendoakan kesejahteraan mereka di sana..




                                  Ya Allah..semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan..













































             Di sini aku linkkan dua buah video untuk kita sama-sama hayati dan doakan agar rakyat Gaza diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini...Ingatlah Allah bersama-sama orang yang sabar...